Dengan Bismillah kubermula
Bingkisan hati, buatmu teman yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini
Kuharap hanyalah di dunia, dirahmati dan diredai
Selamat sejahtera, di syurgawi
Oh Tuhan…
Satukanlah hati kami dalam mencintai
Reda atas ujian diberi
Jauhkanlah kami, dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untukmu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati untuk dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untukNYA
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia
Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk. Memburu cintaNYA
Oh cintaNYA…
Tuhan..
Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasihmu, dalam mengharap reda dariMU
Hanya di dunia kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera bahagia..
~HIJJAZ~
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Pemilik jiwa dan ragaku, yang kepadaNYA  jua aku akan kembali...

"Inertia is the resistance of any physical object to a change in its state of motion or rest, or the tendency of an object to resist any change in its motion"
Pernah dengar atau baca atau belajar ayat skema ni? Inilah definisi inersia ataupun dikenali sebagai Hukum Pergerakan Newton Pertama( Newton’s First  Law of Motion) yang kita pelajari dalam matapelajaran Fizik. (Ya, agak poyo di situ penggunaan istilah Bahasa Inggeris kerana saya adalah antara kelompok perintis eksperimen PPSMI).
Jika diterjemah ke dalam bahasa mudahnya inersia adalah satu kecenderungan objek dalam  mengekalkan keadaannya sama ada dalam keadaan bergerak ataupun rehat.  Sebagai scontoh, apabila kita menaiki kereta dan kereta tersebut berhenti secara tiba-tiba dan kita akan terdorong ke hadapan. Hal ini kerana kita hendak mengekalkan keadaan kita yang dalam pergerakan dan mempunyai halaju.Juga, apabila kita menaiki kereta yang baru mula hendak bergerak, kita akan terdorong ke belakang sedikit. Ketika ini, kita hendak mengekalkan keadaan rehat iaitu sifar halaju.. waah dah macam cikgu dah ni.
        Bukanlah nak cerita panjang-panjang tentang hukum fizik segala bagai tapi itu hanyalah analogi sebuah kehidupan. Apa yang saya ingin coretkan di sini ialah tentang PERUBAHAN. Yup, perubahan, ada sebarang bantahankah sebab analogi macam tak kena? Sekejap…Kita lihat kembali prinsip inersia yang mana sesuatu objek mahu kekal dalam keadaannya dan tidak mahu berubah. Maksudnya, kalau diaplikasi dalam kehidupan, kita perlu mempunyai prinsip tersendiri. Tersendiri tapi masih terikat dengan syariat Allah dan RasulNya.
        Tika dunia berkecamuk dengan pelbagai kerencaman seperti gejala sosialnya, jenayah, peperangan dan paling utamanya hukum Islam tidak dilaksanakan, pegangan prinsip yang jitu amat penting agar kita tidak ‘terlarut’. Dalam konteks medan perjuangan, kita perlu terus melangkah dan tidak mudah mengalah walaupun di saat itu ramai yang lelah dan mengalah. Seperti konsep inersia tadi, terus bergerak ketika semua terhenti dan tetap bertahan walaupun semua bergerak. Lebih kurang begitulah..         

Tidak mahukan perubahan?
         Pernahkah kita merasakan seseorang itu semakin berubah, ataupun keadaan sekeliling kita berubah dan tidak macam dahulu? Kawan baik kita semasa sekolah sebagai contohnya sudah berubah dari segi pakaian dan pertuturan. Terdetik dalam hati kita sama ada kita yang berubahkah? Pernahkah kita terdetik, agar adik-adik kecil kita tak perlu membesar dan tak perlu menempuh zaman remaja yang mencabar dan zaman dewasa yang melelahkan? Saya pernah begitu. Saya juga pernah ingin terus berada dalam dunia sendiri tanpa perlu menghiraukan orang lain dan berharap dunia tidak akan berubah selamanya. Ibu saya ada istilah Jawa ‘ karpe dewe’ yang merujuk kepada orang yang selalu buat perkara sendirian berhad, tanpa hiraukan orang lain ( saya la tu).
Secara realitinya, kita tak kan dapat lari daripada perubahan dalam kehidupan kerana perubahan itu berkadar terus dengan masa. Changes is directly proportional to time.. Fuh! Mungkin kita boleh katakan bahawa kita tidak mahu berubah tapi sebenarnya perkara di sekeliling kita berubah tanpa disedari. Yang muda semakin bertambah umurnya dan semakin menghampiri ketuaan(eh?), malam berganti siang dan bertambahnya hari-hari dalam hidup, duit yang kita miliki semakin berkurangan apabila digunakan ( terutama di hujung sem), dan macam-macam lagi.
Kita tidak merasakan perubahan itu kerana perubahan tersebut tidak signifikan. Tiada salah untuk berubah ke arah kebaikan apatah lagi berubah untuk menggapai redha Allah SWT Tuhan Sang Pencipta. Sebagai contoh, perubahan dari segi sikap yang tak baik kepada baik, dan yang baik kepada lebih baik. Perubahan boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat dan tidak isti’jal (tergesa-gesa). Dan paling penting kita mesti istiqamah dalam melakukan perubahan tersebut.
Sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra yang bermaksud
“Ditanya Nabi Muhammad saw tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.” Hadis riwayat Bukhari.
Allah sendiri telah menukilkan dalam surat cintanya iaitu Al-Quran,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang terdapat pada (keadaan) satu kaum (masyarakat), sehingga mereka mengubah apa yang terdapat dalam diri (sikap) mereka”         
( Surah Ar-Ra'd : 11).

Konklusinya, berpegang pada teguh prinsip dan tidak mudah berubah dalam melangkah perlu disebatikan dalam hidup kita dan marilah kita sama-sama melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Ayuh!! ( ayat skema macam karangan SPM)
 “ Wahai Tuhan Yang Mengamankan dari apa yang kami takut, amankanlah kami dari  apa yang kami takut,                                               
 Wahai Tuhan Yang Mengamankan  dari apa yang kami takut, selamatkanlah kami dari apa yang kami takut,
Wahai Tuhan Yang Mengamankan dari apa yang kami takut, jauhkanlah kami dari apa yang kami takut.

p/s:  Dalam proses untuk menghasilkan entri yang lebih matang. Sebenarnya terinspirasi dengan blog Inche Gabbana ni.







Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani..
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda.

  Tet.. Tet... (bunyi mesej sampai)


"Selamat melihat dunia, selamat merasai sakitnya dunia, selamat mendekati alam kematian dan selamat bersiap menuju alam keabadian"

Ucapan ulangtahun kelahiran yang memang menyentap jiwa dan raga. Malu dengan diri sendiri, dengan Pemilik jiwa  ini entah apa yang telah dilakukan sepanjang kehidupan selama 21 tahun ini. Amal ibadat? Akhlak? Dakwah? Tanggungjawab sebagai hamba? Sebagai anak? Hmmm..

Allah beri peluang dengan penambahan satu lagi angka usia untuk melunaskan tanggungjawab itu. Jangan tertipu dengan usia muda, kerana syarat MATI tak semestinya TUA....
NewerStories OlderStories Home