~Kembali kepada Fitrah~

Alhamdulillah, dapat bertemu lagi lebaran tahun ini selepas berlalunya Ramadhan . Walaupun seperti tahun-tahun sebelumnya, dengan tradisi yang sudah digazetkan sebagai contoh, bermaaf-maafan Aidilfitri kali ini tetap meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri.
Agak terkesan dengan kata-kata seorang sahabat, " Ooo, pandai ya. Dah buat salah, masa hari raya baru nak minta maaf". Kata- kata itu dilontarkan dengan nada gurauan tetapi, maksudnya benar-benar mendalam. Pengajarannya, minta maaf terus apabila terasa diri sudah melakukan kesalahan, dan tidak perlu tunggu Hari Raya Aidilfitri baru nak minta maaf. Takut dah terlambat..

Istimewanya Aidilfitri tahun ini:

Kelahiran yang dinanti

Nurul Syifa nama diberi kepada wajah suci ini. Adik ibu yang bongsu (mak cik) telah selamat melahirkan anak sulung pada malam hari raya kedua. Nama yang mula-mula dicadangkan ialah Nurul Hidayatil Fitriah, tetapi akhirnya nama Nurul Syifa telah dipilih. Moga dirinya menjadi membawa cahaya penyembuh kepada semua.. Insya Allah.

'Golek sedulur'

Hari keluarga Samieo bin Sonokaryo diadakan pada hari raya kedua. Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut seperti bacaan tahlil dan Yasin, perkenalan salasilah keluarga, permainan, dan jamuan. Silaturrahim dieratkan lagi antara sesama keluarga. Barulah saya tahu, saya adalah generasi kelima dalam keluarga ini.


- Eid Mubarak-
NewerStories OlderStories Home

1 comment:

  1. Salam ziarah rumate =)
    Congratz...Truskan perjuangan dgn mata kursor...
    Ahlan wa sahlan cikgu ^_~

    ReplyDelete