Industrial Skills Enhancement (INSEP) - Halal Executive Program

Bismillah.

Dah lama sebenarnya saya ingin berkongsi mengenai kursus Eksekutif Halal yang saya hadiri sejak bulan Mei yang lalu. Jemput baca.

        Program Eksekutif Halal ini dianjurkan oleh INDUSTRIAL SKILLS ENHANCEMENT PROGRAM (INSEP) di bawah kelolaan Halal Management And Research Academy (HAMRA) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka (MISDEC) kerjasama dengan Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uitm (MITRANS) dan Kolej Univesiti Islam Melaka (KUIM).
Persoalan, mengapa perlu sertai program ini?
Program ini dapat memberi nilai tambah kepada graduan disamping membuka peluang kerjaya sebagai Eksekutif Halal di dalam Industri Halal tempatan dan luar negara yang menawarkan peluang kerjaya luas dan menarik selain memenuhi permintaan industri terhadap tenaga kerja profesional sebagai Eksekutif Halal bagi mematuhi piawaian halal Malaysia iaitu MS 1500:2009 dan MS 2400:2011.

Program pengkhususan yang di tawarkan iaitu Bahagian Pengurusan Halal dan kursus dijalankan sepenuh masa selama 7 bulan merangkumi teori dan praktikal:
4 bulan : Kuliah secara intensif
3 bulan : Latihan Industri (Praktikal)


Yuran pendaftaran hanya dikenakan sekali sahaja semasa sesi pendaftaran sebanyak RM200 dan semua kos pembiayaan kursus selama 7 bulan ini adalah ditanggung oleh Kerajaan Malaysia ( Kementerian Sumber Manusia) dibawah Program Peningkatan Kemahiran Industri (INSEP) tanpa dikenakan sebarang caj. Kos tambahan hanya dikenakan untuk aktiviti tambahan peserta atau keperluan lain yang berkaitan dengan pengisian kursus.


Lokasi kursus di jalankan di Kawasan IKS Ayer Panas Bemban,Jasin Melaka. Antara kemudahan yang disediakan :


1)Bilik kuliah berhawa dingin dan selesa.
2)Tenaga pengajar dari kalangan profesional dan pengamal industri.
3)Nota-nota dan rujukan disediakan.
4)Kemudahan tempat tinggal yang berdekatan dengan pusat latihan.
5)Elaun bulanan sebanyak RM 500.00 disediakan.
6)Makanan tengahari disediakan sepanjang kursus.


Selain itu,Sistem pembelajaran yang disusun secara dinamik, komprehensif dan praktikal. Merangkumi semua aspek keperluan halal dalam industri dari sudut Syariah, sains, teknologi semasa dan kemahiran.
Lawatan-lawatan ke rumah sembelihan, kilang pemprosesan makanan halal, makmal penyelidikan produk halal dan ladang ternakan haiwan.


          Pelbagai pengalaman dan ilmu baru yang saya perolehi sepanjang mengikuti kursus ini. Pada masa sekarang, saya sedang menjalani fasa latihan industri kursus ini di Syarikat Nutracreme Sdn Bhd, iaitu syarikat yang menghasilkan ekstrak habbatussauda di MTDC (Malaysian Technology Development Centre), Universiti Putra Malaysia. 





Wajah-wajah bakal Eksekutif Halal bertauliah sesi Mei 2014









NewerStories OlderStories Home

4 comments:

  1. macam mana nak daftar training tu?

    ReplyDelete
  2. macam mana nak daftar training tu?

    ReplyDelete
  3. salam boleh saya bertanya sesuatu mengenai insep yg encik ambil ni? ni no saya 0137028773.

    ReplyDelete
  4. macam mana nak daftar kursus ini ?

    ReplyDelete