Dari Dunia Industri ke Dunia Kanak- Kanak PASTI

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani..

Perghh, tajuk entri pertama untuk tahun 2015 bunyi macam ' gempak'. 

Tamat latihan Industri

Secara rasminya saya telah tamat Latihan Industri untuk Kursus Eksekutif Halal di Nutracreme Sdn. Bhd pada bulan Disember 2014. Kemudian, saya mencari kerja sambilan sementara menunggu tarikh pembentangan projek kursus. Dipendekkan cerita, saya  diterima bekerja sebagai guru di PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Ainul Mardhiah. 

Kerjaya Bermula

12 Januari 2015, tarikh bermulanya sesi persekolahan dan hari pertama saya bekerja sebagai guru PASTI. Hari pertama yang tidak berjalan lancar bagi saya, kerana saya bukanlah jenis manusia yang very fond of children. Beberapa peristiwa yang saya rasa baru pertama kali saya rasai ialah : 

1- terlalu ramai budak yang menangis

2- terkena muntah budak
3- kena pujuk budak yang mengamuk.

Pening saya dibuatnya, kalau orang Jawa kata ruwet.

At the end of the day, betapa saya sedar bahawa menjadi guru tadika tidaklah semudah yang dibayangkan. 

Give up

Baru beberapa minggu bekerja, saya sudah mula memikirkan untuk berhenti sahaja dan pulang ke kampung. Masakan tidak saya mahu berhenti, sebab paling utamanya ialah totally exhausted. Masuk kerja seawal jam 7 pagi sehinggalah jam 6.30 petang. Kamudian, kena lakukan kerja-kerja pembersihan dan kawal budak-budak dalam kelas. Pada hujung minggu pula, kena hadiri kursus guru PASTI. Seperti nak tercabut jugalah kaki dan tangan. Amat berbeza kepenatannya berbanding semasa saya bekerja di Nutracreme sebelum itu. Dahsyat.. dahsyat.

Motivasi

 Antara siri motivasi yang saya terima:

" Ibu, akak penatlah kerja cikgu tadika."
" Semua kerja akan penat, kalau tidur je pun penat juga"

 SENTAP ayat ibu.. huhu. Pabila ada masalah, ibulah tempat saya mengadu. Dan dia memang pandai memberi motivasi sentap. 


Seorang guru senior di tadika pernah memberitahu saya, " Akak kerja sebagai guru tadika ni, sebab akak memang nak memberi sesuatu kepada masyarakat. Akak nak cari bekalan di akhirat kelak". Kata-katanya membuatkan saya berfikir semula tentang diri saya. Apa bekalan yang saya nak bawa ke akhirat nanti? 


Ramai juga sahabat yang memberikan kata-kata semangat untuk saya teruskan bekerja di PASTI. Mereka mengatakan bahawa beruntungnya saya mendidik anak-anak syurga. 

Ok, baiklah. Saya tarik balik kenyataan untuk berhenti. fuh


Anak-anak syurga

Kerja yang melibatkan kanak-kanak ini membantu saya memahami betapa susahnya ibu bapa mendidik anak-anak sehingga dewasa. Dengan pelbagai ragam dan sifat, ia benar-benar menuntut sifat SABAR yang tinggi. Paling penting ia membantu saya untuk mengeluarkan suara kuat (suara dari perut). Hehe

Apalah saya ini jika dibandingkan dengan anak-anak yang suci tak berdosa. Mereka melakukan sesuatu tanpa mengetahui sama ada perkara tersebut salah ataupun betul. Kitalah sebagai orang dewasa yang beraqal yang bertanggungjawab mendidik mereka tentang perkara yang salah dan betul. 

Sifat kanak-kanak yang seperti span, menyerap apa yang diajar atau diperlihatkan membuatkan kita perlu berhati-hati dalam setiap tindakan. Benarlah, mereka ini semua ibarat kain putih yang bersedia untuk dicorakkan dengan apa sahaja corak yang kita mahu. Jika tersilap corak, ia akan memberi kesan dalam pembentukan mereka sebagai insan.

Akhir kalam

Tak terlintas atau terancang bahawa saya akan berada di PASTI Ainul Mardhiah setelah tamat pengajian di UPM. Jauh benar beza antara industri dan dunia kanak-kanak. Namun, saya yakin bahwa ALLAH telah caturkan yang paling terbaik untuk diri saya. Moga diri ini diberi kekuatan untuk mendidik anak-anak syurga, dan dikurniakan kebaikan bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Insya Allah.

Alahai anak murid

 


Belajaq elok-elok na

Pasukan bolasepak. Cikgu yang terlebih excited
Pasukan bolasepak PASTI Ainul Mardhiah bersama jurulatih terhebat abad ini di Sukan Peringkat Kawasan.





 
OlderStories Home

1 comment:

  1. kak syira, saya dah baca. comel coretan akak. inshaa Allah setiap yang Allah caturkan dalam hidup ni mesti ada hikmahnya.

    ReplyDelete