Mukanya berkerut-kerut menahan terik mentari.
Mulutnya menggumam sesuatu dengan tidak jelas, dan boleh diteka bahawa dia sedang marah.
Kakinya mundar-mandir tidak senang duduk diam.
Tidak beberapa lama kemudian, muncul susuk tubuh menunggang motosikal datang menghampiri.
"Nad kenapa lambat? Kan Nad dah janji nak ambil pukul 2 tadi. Lama tau Hani tunggu," pantas sahaja Hani terus bertanya.
" Maaf Hani, tadi Nad sakit kepala sangat dan tertidur.Tak sedar pun Hani call," lemah sahaja Nad menjawab.
Hani terdiam, dia memang tahu Nadia, sahabatnya itu mengalami masalah migrain sejak dari dahulu lagi.
"Sahabat jenis apakah aku ini?Marah dengan hanya kerana perkara kecil, sedangkan banyak lagi kebaikan yang ada pada diri sahabatnya itu.
"Maafkan aku, Nad."


Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)






Kalaulah kita boleh melihat kemarau iman... 
Nescaya kita akan sibuk memadamkan api yang sedang membakar hati sendiri.



Someone says to me,
" Everyone has their very distinctive and unique colour of life,
 when they come into your life, they will add the colour into your canvas of life"
 Pretty nice, huh?



Aurora...
Menghiasi langit di dua hujung dunia.



Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani...


As Syahid Syeikh Ahmad Yassin pernah berpesan,
Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah dengan meniggalkan pelbagai keseronokkan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia,mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kahidupan Rasulullah s.a.w.


Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya, lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk mendekatkan diri kepada sunnah nabi kalian yang agung.



Wahai para pemuda,aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab.Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh-kesah.Aku menyeru kalian untuk menghadap Allah s.w.t dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.



Aku ingin kalian tidak tidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan,melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantinya dengan kata amal,kerja dan zikir kepada Allah.Wahai anak-anakku aku amat berharap kalian tidak sibuk terjerumus ke dalam arus syahwat.



Wahai puteriku aku ingin kalian berjanji kepada Allah akan mengenakan hijab secara jujur dan betul.Aku meminta kalian berjanji kepada Allah bahawa kalian mengambil peduli tentang agama dan nabi kalian yang mulia.Jadikanlah ibunda kalian,Khadijah dan Aisyah sebagai teladan.Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian.Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda mendekati kalian.



Kepada semua,aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah.Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat.Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik.Latihlah kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan.Berpeganglah kepada agama kalian.Carilah sebab-sebabnya dan tawakkallah kepada Allah.

In the name of ALLAH, The Most Gracious The Most Merciful. 

Just want to share a story that I've read..

                             A Simple Gesture 


                                              By John W. Schlatter


Mark was walking home from school one day when he noticed that the boy ahead of him had tripped and dropped all the books he was carrying, along with two sweaters, a baseball bat, a glove and a small tape recorder. Mark knelt down and helped the boy pick up the scattered articles.


Since they were going the same way, he helped to carry part of the burden. As they walked, Mark discovered the boy's name was Bill, that he loved video games, baseball and history, that he was having a lot of trouble with his other subjects and that he had just broken up with his girlfriend.

Mark went home after dropping Bill at his house. They continued to see each other around school, had lunch together once or twice, then both graduated from junior high school. They ended up in the same high school, where they had brief contacts over the years. Finally the long-awaited senior year came. Three weeks before graduation, Bill asked Mark if they could talk.

Bill reminded him of the day years ago when they had first met. "Do you ever wonder why I was carrying so many things home that day?" asked Bill. "You see, I cleaned out my locker because I didn't want to leave a mess for anyone else. I had stored away some of my mother's sleeping pills and I was going home to commit suicide. But after we spent some time together talking and laughing, I realized that if I had killed myself, I would have missed that time and so many others that might follow. So you see, Mark, when you picked up my books that day, you did a lot more. You saved my life."

P/s:   kredit to this blog. Someone said to me that "Happiness is something that comes into our lives through door we don't even remember leaving open"



Once you learn how to die, you will learn how to live

- Tuesday with Morrie by Mitch Albom 

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis di sini setelah sekian lama. Tika ini saya berada di Batu Pahat, Johor yang tercinta kerana sedang menjalani latihan industri. Dah masuk 2 minggu saya berada di Makmal Pusat Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) bagi tujuan tersebut. Perjalanan dari rumah ke tempat latihan adalah kira-kira 15 km dan mengambil masa selama 30 minit untuk saya sampai sekiranya menunggang motorsikal. Memang agak mencabar kerana setiap hari bekerja, saya perlu keluar pagi-pagi meredah jelaga dan asap di Bandar Batu Pahat. Setiap kali jugalah mata akan terasa pedih dimasuki habuk, dan kadang-kadang muka pun terasa pedih dek kerana gerimis mengundang. ( lepas ni kena pakai krim muka Syahirah nampaknya). Mujurlah ayah benarkan saya memandu kereta sekiranya hari hujan dengan syarat kena menghantarnya ke pejabat terlebih dahulu.
Hari pertama melapor diri berjalan dengan baik, dan dapat berkenalan dengan staf-staf di situ yang mesra sekali. Bertemu pula dengan rakan dari UKM yang akan sama-sama menjalani latihan industri di SAJH ini. Selepas itu, kami diberi tugas untuk menelaah fail-fail Department Standard Operating Procedure (DSOP) dan Operating Manual (OP) iaitu fail-fail yang mengandungi prosedur-prosedur analisis di makmal selama seminggu sebagai persediaan untuk proficiency test(PT). apabila dah lulus PT barulah boleh buat analisis di makmal. Maka, saya pun menelaah fail-fail tebal itu sampai kelat mata selama beberapa hari ini. Namun, pada minggu itu juga saya dapat bersama dengan Juruanalisa Air ke lapangan iaitu ke Empangan Bekuk untuk mengambil sampel air. Hal ini kerana ada aduan pencemaran di sungai berdekatan empangan tersebut. Saya turun ke lapangan pada hari itu dengan berbaju kurung dan but keselamatan, memang terbaik!.   Selain itu, dapat juga masuk ke makmal untuk melihat pembantu makmal menjalankan pelbagai jenis analisa air.
 Selepas beberapa hari, barulah saya dan rakan saya berpeluang bertemu dengan penyelia kami, En Zulkifli yang merupakan Ketua Jabatan Kualiti Air. En Zulkifli berkongsi cerita tentang pengalaman dirinya dan banyak pesanan yang disampaikan kepada kami. Menurut beliau, beliau  pernah mengalami masalah dalam kehidupannya dan kini dia telah bangkit. Dan beliau bangkit dengan kembali kepada Pencipta. Beliau amat menekankan betapa kita perlu menjaga hati kita, dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Saya amat terkesan apabila beliau  berpesan untuk kami mencari diri kami sendiri sepanjang menjalani latihan di sini, kerana cabaran ketika sudah berkerjaya amat besar serta  tidak lupa untuk menjaga diri dan  maruah sebagai seorang wanita.Satu kata-kata azimat yang dipegang oleh beliau adalah “ Sabar itu iman, dengki itu buta dan hati tak pernah berbohong”. Hati yang bersih dan selalu dekat denganNYA, insya Allah akan menunjukkan jalan yang betul.
Sepanjang 2 minggu ini, saya sering terfikir begini rasanya apabila sudah bekerja, dan bagaimana ya nanti? Dan saya tersedar, persoalan sebenar yang harus saya ke utarakan ialah bagaimana untuk kita praktikkan segala ilmu yang kita belajar dan peroleh semasa pengajian untuk bekerja nanti? Lebih penting, bagaimana persiapan kita dan apa ilmu kita ada untuk menghadapi akhirat kelak? Hmm.. 
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani...


                              Alhamdulillah pada 15 Jun lepas dapat menemani kakak tersayang,  Kak Wani Oki Setiana Dewi   ke Sidang Meja Bulat " Hala tuju Pendidikan Negara" anjuran PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia). Jam 7 petang itu, dia menghubungi saya untuk menemaninya ke program tersebut. Memandangkan saya berkelapangan dan tiada peperiksaan pada hari esoknya, saya bersetuju.


                             Dipendekkan cerita, kami pun bertolak ke Gombak kira-kira jam 8.30 malam dengan menunggang motorsikal ( ya, jangan tak percaya. ehem, saya ialah penunggang motorsikal yang berhemah ok). Perjalanan yang mencabar bagi saya kerana kami terpaksa meredah jerebu sepanjang perjalanan. Merah mata kami menahan pedih. Kami tiba di tempat program pada kira-kira jam 9.30 malam. Nasib baiklah kak Wani yang menunggang motorsikal, kalau tidak, saya pun tak pasti kami akan tiba ke situ pada jam berapa. Mungkin tiba setelah program tamat?


                            Setibanya kami di situ, kami disambut oleh ahli jawatankuasa program dengan ramahnya. Rupa-rupanya kak Wani adalah salah seorang perwakilan sidang tersebut yang akan membentang idea mewakili GAMIS ( Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia) kerana dia merupakan Timbalan SIGMA GAMIS. Seorang lagi perwakilan GAMIS ialah Akram Ikrami Taib Azzamuddin selaku Presiden GAMIS. ( Awat la kak Wani tak beritahu awal-awal, haisy). Di situ terdapat beberapa lagi perwakilan daripada gerakan mahasiwa Islam lain seperti HAKIM (Himpunan Keilmuan Islam), PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional), dan KARISMA. 


                           Persidangan berkisar tentang pembentangan kajian sistem pendidikan di Malaysia. Dan juga perbahasan tentang sistem pendidikan negara dari segi keberkesanan sistemnya, penilaian dan pengurusan serta kelompangan yang perlu diperbaiki. Di sini, penekanan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) amat dititik beratkan. Selain FPK terdapat lagi Falsafah Pendidikan Islam Kebangsaan (FPIK), Falsafah Perguruan dan falsafah-falsafah setiap subjek yang diajar. Fuh, banyak sungguh falsafah. Setiap perwakilan punyai kekuatan idea tersendiri mengenai isu ini. Antaranya ialah sistem yang terlalu berteraskan peperiksaan ( exam oriented), sistem yang sekular dan bersifat juz'i, tidak holistik, ketidak kecekapan pengurusan dan ilmu sebagai komoditi yang boleh diperdagangkan. Berada dalam dalam sidang meja bulat yang begitu ilmiah ini membuatkan saya yang merupakan pelajar sains terasa begitu kerdil. Maklumlah, terlalu lama dalam makmal..


                       Paling menarik ialah perkongsian daripada Cikgu Hafizi, ( lupa nama penuhnya) daripada PKPIM yang merupakan mantan Exco Pendidikan PKPIM. Beliau berkongsi tentang pengalaman beliau sebelum ini dalam mendepani isu-isu pendidikan seperti isu PPSMI, PTPTN, dan SAR ( Sekolah Agama Rakyat). Pada beliau, kita tak akan dapat merubah sistem pendidikan dengan hanya membahaskan sistem tersebut, tetapi apa yang kita dapat buat pada ketika ini dan di posisi kita sekarang. Contohnya, sebagai seorang guru. Bagaimana kita sebagai guru hendak melaksanakan tugas sebagai guru yang bukan sekadar mengajar sahaja? Beberapa poin penting yang beliau ingin tegaskan ialah kecelaruan sistem pendidikan, pelaburan pendidikan,tahap  penyelidikan  di Malaysia yang masih lemah, pengurusan pendidikan yang cacamarba, matinya idelisme guru, hilangnya nilai, dan kolaborasi komuniti dalam sistem pendidikan. Menurutnya lagi, terlalu banyak falsafah yang diwujudkan bagi memperlihatkan keelokan sistem tersebut. FPK lah, FPIK lah, dan macam-macam lagi. Namun akhirnya  falsafah tersebut hanya sebagai kosmetik tebal yang menyembunyikan kesan parut dan akhirnya ditongsampahkan. Ketika itu falsafah menjadi falsampah.. 


                     Secara keseluruhannya, kita sewajarnya meneliti semula apakah halatuju atau target pendidikan itu sendiri. Apakah matlamat ilmu itu? Tidak lain tidak bukan untuk memanusiakan manusia dan mengenal Allah, Pencipta kita.Firman Allah SWT dalam Al-Quran:
"Dan demikianlah perumpamaan Kami buat untuk manusia dan itu hanya orang-orang berilmu sahaja dapat mengerti". (Al-Ankabut:43)

Tiadalah guna jika ilmu yang diperoleh sedari peringkat awal pendidikan hinggalah peringkat tertinggi tidak diamalkan. Seolah-olah menjadi mesin yang tugasnya hanya menerima input dan mengeluarkan output yang sama setiap kalinya. ( Amat terasa kot)

                   Program tersebut selesai kira-kira jam 12 tengah malam. Sayangnya, resolusi sidang meja bulat ini tak dapat dilakukan kerana kekangan masa. Namun, akan ada lagi wacana bagi membincangkan resolusi perkara ini dan resolusi tersebut akan dibawa ke pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Insya Allah.


p/s :  Doa yang Rasulullah SAW selalu baca : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada ilmu yang tak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tak pernah merasa cukup, dan doa yang tak dikabulkan.

                      

                             
                                  
                     Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani...

 Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui. 
(QS. 21:7)

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani...

Ibu.. Ayah..
Akak terbayangkan betapa ibu dan ayah tersenyum bahagia  di saat akak dilahirkan ke dunia,
Kelahiran puteri yang dinanti selepas lahirnya putera yang pertama.
Kalimah membesarkan Tuhan diperdengarkan di telinga,
Agar akak mengenal Sang Pencipta tatkala lahir ke dunia.
Betapa ibu dan ayah bersusah payah  mencari nama,
Dan akhirnya nama Syahirah diberikan kepada akak beriringan dengan doa
Akak menjadi wanita solehah yang masyhur di dunia dan akhirat di sisi Nya.
Lalu akak dibesarkan dengan didikan dan lingkungan kasih sayang ibu ayah..
Garangnya ayah mendidik ,agar akak taat pada agama
Agar akak tahu hormatkan orang tua, agar akak sentiasa menyayangi saudara
Nasihat ibu yang senantiasa bergema tanpa mengira masa,
Mengingatkan kembali akak yang sering terlupa, memberi semangat ketika akak berduka.
Kisah hidup ibu yang selalu ibu ceritakan, akan akak jadikan pedoman
Walapun cerita itu berulangkali ibu dendangkan.
Terima kasih ibu ayah kerana menghargai pabila akak cemerlang dalam pelajaran,
Kerana menyayangi akak seadanya walau akak  banyak kekurangan,
Dan terima kasih kerana mendoakan kebaikan yang berpanjangan.
Maafkan akak kerana buatkan ayah hilang kesabaran dan ibu selalu terkilan
Dengan rajuk pabila hasrat tak kesampaian, tak mahu mengalah dalam pertengkaran,
Dan nasihat-nasihat yang selalu sahaja akak abaikan.
Semakin akak dewasa, semakin akak memahami bahawa segalanya sungguh bererti.
Marah bukanlah kebencian, tapi itulah tandanya sayang yang tak berkesudahan.


p/s: Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapaku kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pemelihara. Sayangilah mereka kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Penyayang, dan sejahterakanlah mereka di dunia dan di akhirat dengan sifatMu yang Maha Sejahtera.
~ thankful for this unconditional love~

                              In the name of ALLAH, The Most Gracious The Most Merciful


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.


" Mencintai tak semesti memiliki, Hanya ALLAH Pemilik cinta hakiki"

Kata-kata ini benar-benar menyentuh hati ini tatkala menangisi satu kehilangan. Tak kiralah sama ada kehilangan barang ataupun insan yang amat disayangi. Pernah seorang sahabat berkongsi tentang sifat sabar dan redha. Katanya, jika seseorang itu bersabar, hatinya menangis tapi dia masih lagi tersenyum tatkala ditimpa ujian. Manakala jika dia reda, hati dan wajahnya tetap akan tersenyum walau sehebat mana pun dugaan menimpanya kerana dia tahu hakikat kehidupan yang segalanya milik Allah. Dan Allah sendiri berfirman :

"Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" ( Al- Baqarah : 155)

Tanya kembali kembali kepada diri sama ada sabarkah kita, atau sudah sampaikah kita ke tahap reda?



P/s: Sedihnya apabila seorang demi seorang kakak yang aku sayangi tiada di sisi. 



NewerStories OlderStories Home