In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Terkaku, terkedu, terpaku,terkesima, dan banyak lagi terr.. apabila melihat soalan-soalan yang tertera.
"Ish,, tajuk ni tadi dah baca. Tapi kok lupa.. wuu"
" Eh, macam pernah ku lihat soalan ini, tapi di mana ya?
Tu dia, situasi dalam musim-musim exam ni. Perkara yang menakutkan berlaku semasa jawab soalan exam ialah LUPA, dalam bahasa Jawa nya, KELALEN. Selalunya, kita buat apa ya? Yang pertama, tenangkan diri,tarik nafas dalam, pastu hembuskan. Lepas itu, baca selawat banyak-banyak, dan doa semoga Allah, bantu kita, ingatkan balik perkara yang dah terlupa tadi.Saya pun selalu juga lalui perkara ini (oops).
Memang manusia tu sifatnya (nasiya)= lupa, kena selalu diingatkan. Teringat satu lagu kumpulan nasyid Brothers yang bertajuk Ojo Kelalen yang maksudnya jangan lupa.. Lagu favourite tu..Tapi, Insya Allah perkara tu boleh diatasi sebenarnya..Mari saya ingin kongsikan satu video yang menarik tentang keterLUPAan ini, dalam bahasa Inggerisnya, forgetfulness..
The Cure for Forgetfullness from The Quran.flv
Poin yang paling penting dijelaskan di sini, ialah:
1~ Selalu baca ta'awwuz (A'udzubillahiminasy-syaitanirrajim)
" Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui." Surah Al-A'raf: 200.
" Dan jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui." Surah Al-A'raf: 200.
2~ Jaga pemakanan daripada yang haram dan syubhah. Pastikan halalan thoyyiba, sebab apa yang kita makan akan jadi darah daging kita.
" Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal lagi baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." Surah Al- Baqarah:168
p/s; Jom makan kismis sambil study.. ; )
0 comments:
Post a Comment