Anda kenal tak dengan diri anda?
Persoalan yang jarang kita tanya diri sendiri. Ini adalah sedikit perkongsian tentang personaliti diri dari FB Tarbiyyah Kreatif.
Tokoh
yang pertama mengetengahkan model profiling 4 kuadran adalah Hipocrates
(460-370 S.M). Menurut beliau, kesihatan dan karakter kita bergantung kepada keseimbangan 4 cecair di dalam tubuh iaitu:
1.
Darah merah (Erythrocyte)
2.
Pleghm (respiratory secretion)
3.
Yellow bile (empedu kuning)
4.
Black bile (empedu kuning)
Kombinasi
takat keseimbangan 4 cecair ini melahirkan empat bentuk keperibadian manusia
iaitu:
•
Predominan darah merah > sanguine
•
Predominan empedu kuning > choleric
•
Predominan empedu hitam > melancholic
•
Predominan cairan pernafasan > phlegmatic
Kemudian
Ibnu Sina (980-1037) menjadi perintis dalam bidang perubatan psikofisiologi dan
psikomatik. Beliau mengembangkan teori Hipocrates sehingga meliputi aspek
emosional, kapasiti mental, perilaku moral, self-awareness, pergerakan dan juga
mimpi. Beliau kemudian menulis buku Al-Qanun fi at-Tib.
Secara
ringkasnya, Ibnu Sina membahagikan perwatakan peribadi manusia kepada berikut:
•
Sanguine / sifat panas & lembab (hot & moist)
•
Choleric / sifat panas & kering (hot & dry)
•
Melancholic / sifat dingin & kering (cold & dry)
•
Phlegmatic / sifat dingin & lembab (cold & moist)
Hal ini
disebutkan di dalam al-Qur’an bahawa Tuhan mendeskripsikan manusia tercipta
dari:
1. Air
(As Sajdah; 32:8) yang memiliki sifat dingin & basah;
2. Bumi
(Ali Imran; 3:59) yang memiliki sifat dingin dan kering;
3.
Tanah liat mentah (raw clay) (Al A’raaf; 7:12), yang memiliki sifat panas &
basah;
4.
Tanah kering seperti tembikar (sounding clay) (55:14), yang memiliki sifat
panas dan kering.
Kemudian,
Ibnu Sina menggambarkan 4 keperibadian tersebut dari dingin, panas, lembab dan
kering dalam bentuk istilah elemen Tanah (Melancholic), Api (Choleric), Air
(Phlegmatic), dan Udara (Sanguine). Teori ini masih digunapakai hingga ke hari
ini.
Jadi, yang mana satu personaliti diri anda?
Boleh buat ujian personaliti pada link ini.
Keputusan ujian personaliti saya:
Your temperament is phlegmatic. The phlegmatic temperament is fundamentally relaxed and
quiet, ranging from warmly attentive to lazily sluggish. Phlegmatics tend to be
content with themselves and are kind. They are accepting and affectionate. They
may be receptive and shy and often prefer stability to uncertainty and change.
They are consistent, relaxed, calm, rational, curious, and observant, qualities
that make them good administrators. They can also be passive-aggressive.
0 comments:
Post a Comment