The Man In the Mirror

* tudia tajuk omputih

Saya baru mengetahui bahawa orang Kelantan memanggil buah manggis dengan panggilan "seto" semasa bermusafir ke sana Aidilfitri lepas. Saya berasa amat pelik dan secara tidak sengaja, terpacul dari mulut saya " Apa kena mengena manggis dan seto?" sambil mengunyah manggis. Lalu, Hakimah, sahabat yang bersama saya ketika itu tergelak besar sambil memberitahu bahawa dia tidak tahu.
Kemudian, di suatu masa yang lain pula saya memberitahu satu istilah bahasa Jawa yang saya gunakan beserta maknanya. Dia mengenakan saya semula dengan berkata, " Hah? Takda kena mengena pun."

Dan saya tersedar satu perkara dalam realiti kehidupan, bahawa..

Di saat kita membuat senarai panjang tentang apa yang kita tidak suka tentang seseorang, pada masa yang sama akan ada orang lain yang berbuat demikian terhadap kita.

Kita buat orang lain, orang lain akan buat kepada kita semula. Ironik kan?

Lalu, teringatlah saya nasihat Kak Zuhairah, counsellor to be yang saya hormati.
" Layanilah orang lain seperti mana kita mahu orang melayani kita."
Gunakan juga cermin untuk refleksi diri kita, bukan gunakan kanta pembesar untuk mencari salah orang lain.

Macam dalam lagu Michael Jackson, The Man in the Mirror

"If You Wanna Make The World
A Better Place
Take A Look At Yourself, And
Then Make A Change."

JOM..
kredit: Ramon Bruin







NewerStories OlderStories Home

2 comments:

  1. wah..da smpi rumah kak kimah. bila la sy nak smpi kelantan lg.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, sampai sana. Nnt akk buat entri aidilfitri di bumi serambi mekah. :D

    ReplyDelete