In the name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful
Alhamdulillah, masih dalam mood Hari Raya Aidilfitri lagi. Dalam bahasa Jawa, raya disebut ‘bodo’ (not bodoh ok, sebutan huruf ‘o’ adalah seperti kita menyebut perkataan ‘orang’). Kalau hari raya disebut ‘ dino bodo’..Tiba sahaja hari raya, kita tak akan terlepas daripada ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan, yang jauh di dekatkan, yang dekat dirapatkan lagi.Dan Aidilfitri kali ini memang memberi kesan yang mendalam kepada saya.
Doa untuk abah
“ Akak, tolong doakan untuk kesihatan abah ye”, suara mak syahdu sekali di hujung talian. Mak merupakan emak saudara saya ( kakak ayah)yang tinggal di Pahang. Mak dan abah adalah panggilan anak-anak saudara kepadanya dan suami. Abah dimasukkan ke hospital kerana menghadapi masalah paru-paru, sehinggakan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Sepatutnya, mak dan abah akan pulang ke kampung menyambut hari raya bersama kami. Namun, ALLAH adalah sebaik-baik perancang, mak dan abah beraya di hospital. Sayu sungguh Aidilfitri kali ini, dan orang yang paling sedih sekali mestilah nenek. Hanya doa kesembuhan abah yang akak dan ahli keluarga di sini mampu panjangkan buat abah . Tabahlah mak!
Matang
Hari raya pertama di rumah nenek sebelah ayah seperti biasa walaupun ada ahli keluarga yang belum sampai dan ada yang tak dapat pulang beraya bersama. Pada sesi bermaaf-maafan, kami sepupu-sepupu beratur ikut umur untuk bersalaman dan bermaafan dengan nenek,dan mak ayah saudara. Seorang sepupu menegur saya bertanyakan umur, dan dia terkejut dengan umur sebenar saya. Kerana dia sangkakan umur saya lebih tua daripada yang saya nyatakan. Huh? Motif? Saya hanya tertawa dan menyatakan bahawa saya dah matured. Tergelak sakan pulak sepupu-sepupu tu. Tersentap juga sebenarnya, dah 20 tahun rupanya saya hidup di muka bumi ni ( Belum campur dengan jumlah hari berada dalam rahim ibu). Sekejap sahaja rupanya masa berlalu, macam baru semalam bermain dengan sepupu-sepupu main sorok-sorok, tengteng, polis sentry, nenek tua, tok harimau dan sebagainyalah.. Macam baru semalam, masuk sekolah rendah bermula darjah 1 hingga darjah 6. Seterusnya, sekolah menengah, alam university dan sekarang. Teringat kata2 seorang ustaz, kenapa Allah masih hidupkan kita sampai la ni? Jawapannya, kerana Rahman dan Rahimnya ALLAH.. Dia beri kita peluang hidup untuk kita bertaubat kepadaNya, lakukan segala perintah dan jauhi laranganNya. Bila kita dah kembali kepadaNya, maksudnya peluang untuk bertaubat dah tiada, kita hanya tunggu untuk dihisab segala amalan kita semasa hidup.. Maka moral of the story, gunakan waktu masih hidup ini dengan sebaiknya, cari keredhanNya.
Penyeri Keluarga
Bulan Syawal merupakan bulan ulangtahun kelahiran 2 anak kecil, penyeri keluarga kami iaitu Nurul Syifa dan Izzatul Fitri. Mereka merupakan anak kepada adik-adik ibu, jadi, sepupulah hubungannya. Syifa yang comel lote, dan Izzatul yang menceriakan, moga kalian membesar dengan baik, dan menjadi anak solehah nanti.
Izzatul Fitri |
Baraan
‘Baraan’ adalah perkataan Jawa yang bermaksud marhaban, di mana sekumpulan orang akan berarak ke rumah-rumah seluruh kampung. Mereka akan bersama-sama berselawat ke atas nabi di setiap rumah yang mereka kunjungi. Apabila pulang ke kampung ibu, seperti biasa baraan diadakan bermula pada Hari Raya ke-2. Aktiviti ini dah lama berabad dipraktikkan oleh penduduk kampung ibu. Terdapat 3 kumpulan utama baraan ni, iaitu kumpulan orang muda lelaki, orang tua lelaki dan wanita. Setiap kumpulan akan memilih hari yang berbeza. Kumpulan orang muda pilih hari raya ke-2, kumpulan orang tua akan pilih hari raya ke-3 dan kumpulan wanita pula akan pilih harinya sendiri. Macam ada puak-puak pulak. Atuk pernah cerita, dulu sebenarnya kumpulan orang muda dan orang tua adalah satu, dan mereka baraan sama-sama. Tapi, biasalah uwong anom(orang muda), suka ngepres motor, bawa motor laju-laju, tak dengar nasihat orang tua, maka dipisahkanlah kumpulan ini. Ada juga yang tak bersetuju kerana seolah-olah ada jurang antara orang tua dan orang muda, tapi, majoriti dah bersuara. Yo ben wae.. Daripada pemerhatian saya, bagus juga baraan ni, menghidupkan ziarah-menziarahi dan mengeratkan persaudaraan. Sesiapa yang tak sempat beraya ke, boleh sertai baraan, beraya ke semua rumah satu kampung. Habis cerita, tak timbul konflik kau tak datang beraya rumah aku..Budak-budak muda pun ada juga aktiviti yang bermanfaat untuk dilakukan ( tolak perbuatan ngepres motor yang memang menjengkelkan). Cuma mereka ini perlu dilembutkan hati, diajak kearah syariat Islam, dan paling penting mengimarahkan surau kampung yang kian sunyi. Anak muda yang hatinya terikat dengan rumah Allah, dijanjikan naungan oleh Allah di Padang Mahsyar kelak tau.
Dayoh
‘ Dayoh’ pula bermaksud tetamu. Biasalah, kalau dah namanya hari raya, mesti ramai tetamu. Beraya ke rumah saudara ibu, menyedarkan saya bahawa betapa orang kampung saya ini masih tebal jiwanya dalam memuliakan tetamu. Kami sekeluarga dan keluarga mak long datang berziarah, dan kami disambut dengan gembira. Dikeluarkan semua kuih-muih, air minuman, malah buah-buahan pun ada. Semakin dibilang agar tak perlu susah-susah, makin dikeluarkan juadahnya. Ibu cakap ,” Lo, kok metu kabeh cik… bukan dipangan semuanya”. Lalu dijawab, “ tak apa, dah namanya dayoh kok. Tak habis ye tak pa.” ( lebih kurang la dialognya macam ni). Terharu habis dengan tuan rumah. Masa ni juga, belajar vocab baru bahasa Jawa iaitu ‘endalu’ yang bermaksud masak ranum. Betapa Rasulullah amat memuliakan tetamu, begitulah kita dituntut untuk melakukannya.
0 comments:
Post a Comment