Kembali Kepada Fitrah Part 1

In the name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful
Alhamdulillah, dah beberapa hari kita menempuh Hari Raya Aidilfitri dalam bulan Syawal yang mulia ini, meninggalkan Ramadhan dengan seribu satu kenangan. Jom kita mohon kepada Allah agar kita dapat ketemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang pula. Insya Allah..
Pada malam 1 Syawal, menyelongkar folder-folder dalam laptop dan terjumpalah satu video  Yusuf Estes.Terdetik rasa kagum dengan tokoh ini, yang merupakan seorang pemuzik, penganut agama Kristian yang tinggal di Amerika Syarikat  yang telah memeluk agama Islam. Beliau giat melaksanakan misi dakwah, sehinggakan ramai yang memeluk agama Islam selepas mendengar  kuliah beliau. Masya Allah.. Dalam video tersebut, selepas beliau menyampaikan satu ceramah/kuliah di hadapan belia-belia ( muslim dan juga non-muslim), beliau menawarkan jika ada sesiapa yang berminat untuk memeluk Islam. Dan beberapa remaja bangun dengan rela hari menyatakan kesediaan untuk memeluk Islam. Paling menarik, seorang remaja bertatu bersedia untuk mengucap syahadah.
 Yusuf Estes        : Why do you want to embrace into Islam?
Teenager            :  Because.. It does make sense. Yes, it does make sense.
Saya highlight di sini, “ It does make sense”.Wow! MAHA SUCI ALLAH! Kita tukar sikit ke bahasa ibunda, ISLAM ITU MUNASABAH. Macam mana Islam itu “ make sense” ?  Kerana Islam itu sesuai dengan fitrah manusia.
Sang Pencipta yang ciptakan kita semua dan seluruh alam ini , mestilah Dia tahu  segala-galanya tentang kita. Apa yang terbaik untuk kita, apa yang kita perlukan, apa yang kita kena elakkan sebagai manusia  ini. Haaa, benda- benda itulah yang dinamakan FITRAH( sifat semula jadi) manusia. Jadi, diberikanlah kepada kita syariat Islam agar kita tidak tersasar daripada tujuan kita dijadikan. Makanya, diberikan  juga manual  iaitu Al-Quran untuk melaksanakan syariat itu bersama dengan Nabi Muhammad  sebagai penunjuk ajar ( teacher).
Bila sebut tentang FITRAH, ia amat berkait rapat dengan Hari Raya Aidilfitri. Bagai irama dengan lagu gitu.Pada Hari Raya ini, kita meraikan kemenangan kita yang berjaya mengharungi  bulan Ramadhan, menahan lapar dan dahaga, menundukkan hawa nafsu, dan mengejar keberkatan  serta keampunan yang  ALLAH janjikan . Dengan demikian itulah seusai sahaja Ramdhan, kita berharap agar segala amalan kita diterima ALLAH dan segala dosa-dosa kita diampunkanNYA. Itulah sebabnya kenapa kita dikatakan kembali kepada FITRAH , yang mana  fitrah manusia  itu dilahirkan suci tanpa sebarang dosa.
Jom kita kembali kepada fitrah! Jauhi segala pembaziran, jauhi perbuatan maksiat dan bergembira melampau-lampau pada hari yang mulia ini. Mari kita ikut sunnah Rasulullah dalam meraikan hari kemenangan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf atas segala salah dan silap. Moga segala amalan kita diterima dan segala dosa-dosa  kita diampunkan. Dan semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang..
Dan ALLAH Yang Lebih Mengetahui..

p/s: Saya hanya insan kerdil yang menekan keyboard untuk menulis  ini dengan kehendakNYA. Ajarkan jika salah, tegurkan jika silap~
NewerStories OlderStories Home

0 comments:

Post a Comment