Sambungan travelog
Ziarah
Dah namanya Hari Raya Aidilfitri, tak lengkap tanpa menziarahi sahabat-sahabat di bumi Serambi Mekah ini. Destinasi pertama kami ialah ke rumah sahabat kami di Kubang Kerian yang telah bernikah pada 3 Syawal. Memandangkan kami tak dapat hadir walimahnya, kiranya kunjungan kami ialah menziarahi pengantin dan beraya. Misi kami selesai, dan kami dapat menziarahi sahabat kami yang lain di sekitar Pasir Mas dan Tumpat pada hari berikutnya bersama Kak Zuhairah, seorang lagi sahabat kami dari Perak yang telah pun berada di Kelantan. Dia bermalam di rumah Nik. Rasa seronok bertemu dengan sahabat-sahabat, apatah lagi saya tak dapat menghadiri walimah mereka yang lepas.
Seusai beraya, kami bersama-sama ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Apa lagi, aktiviti membeli belah!! Saya kena cari kuali ajaib yang ibu pesan. Punyalah gigih mencari, akhirnya jumpa. Dan harga di situ lebih murah berbanding harga di tempat saya. Kuali dari jauh ni, ibu kena guna elok-elok ye. Kemudian kami menikmati panorama di tepi Sungai Golok sebelum pulang. Sayangnya kami tidak boleh melepasi ke sempadan Thailand iaitu Tak Bai kerana tiada pasport. Jadi, kami berazam untuk memiliki pasport dan datang kembali merentasi Sg Golok itu.
Selepas Asar, kami berpakat ke Pantai Geting . Tiada aktiviti lain, melainkan bergambar. Saya rasa saya tak ke pantai setelah sekian lama, jadi amat teruja melihatkan pasir pantai. Rasa puas dengan perjalanan hari tersebut.
Makanan
Sedari awal saya sampai ke Kelantan, saya memang dihidangkan dengan makanan Kelantan. Ummi menyediakan pulut durian kepada saya, dan rupa-rupanya pulut durian Kelantan adalah sedikit berbeza dengan apa yang saya biasa makan. Pulut dimakan bersama santan yang dicampur gula dan durian mentah dihidang bersama untuk dimakan.
Hakimah membawa saya berjalan-jalan di sekitar kampungnya yang berdekatan dengan sungai. Di situ juga, rupa-rupanya terdapat kilang budu Ketereh yang popular. Cumanya saya tidak makan budu, jadi kami tidak singgah ke kilang tersebut. Kemudian, Hakimah mengajar saya untuk makan makanan Kelantan yang menurutnya semakin pupus yang kami beli di pasar. Rasa bertuahnya.. Antara makanan tersebut ialah kerabu sare (kerabu rumpai laut), jeruk mame (jeruk maman), etok (etak) sungai yang telah disalai dengan rempah.
JDT
"Asal mano?"
"Saya dari Johor."
"Oh, JDT."
Itu adalah diolog antara saya dan beberapa penduduk setempat yang saya temui.
Nampaknya penyokong The Red Warrior kenal sungguh dengan team JDT.
Sayonara
Hakimah membawa saya berjalan-jalan di sekitar kampungnya yang berdekatan dengan sungai. Di situ juga, rupa-rupanya terdapat kilang budu Ketereh yang popular. Cumanya saya tidak makan budu, jadi kami tidak singgah ke kilang tersebut. Kemudian, Hakimah mengajar saya untuk makan makanan Kelantan yang menurutnya semakin pupus yang kami beli di pasar. Rasa bertuahnya.. Antara makanan tersebut ialah kerabu sare (kerabu rumpai laut), jeruk mame (jeruk maman), etok (etak) sungai yang telah disalai dengan rempah.
JDT
"Asal mano?"
"Saya dari Johor."
"Oh, JDT."
Itu adalah diolog antara saya dan beberapa penduduk setempat yang saya temui.
Nampaknya penyokong The Red Warrior kenal sungguh dengan team JDT.
JDT, The Southern Tigers |
Sayonara
Setelah 3 hari berada di Kelantan, tibalah masa untuk pulang. Tiket pulang ke Batu Pahat ialah pada jam 8 malam, hari Sabtu. Ummi sekeluarga telah membawa saya untuk beraya dan menikmati sup serta sotong goreng salut tepung di Pantai Geting pada waktu siang sebelum saya pulang. Memandangkan alergik kulit saya semakin teruk pada hari raya, saya menahan diri untuk makan sotong sebaliknya hanya makan ikan goreng.
Semasa berkemas-kemas barang, ummi memberi keropok ikan,biskut sagu, dan budu dari Thailand sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Tiada kata terucap atas kemurahan hati ummi itu.
Saya dihantar ke hentian bas ditemani oleh Hakimah, Ummi, adik dan Sepu. Rasa sebak mulai terasa. Sebaik sahaja saya naik ke atas bas, dan mereka melambai-lambai dari luar jatuh berderailah air mata ini. Moga Allah berikan saya kesempatan lagi untuk ke Kelantan untuk menziarahi meraka pada masa yang lain pula.
Di penghujung hari, teringat kata-kata babah dalam kelas " Traveling is educational." That's very true!!
Saya belajar tentang nilai kekeluargaan, kekuatan dan kebaikan seorang ibu, memahami sahabat dan menghargai alam sepanjang permusafiran ini.
wah..bestnya dpt ke serambi makkah. bila la nk g kali kedua..
ReplyDelete