Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani..
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Tet.. Tet... (bunyi mesej sampai)
"Selamat melihat dunia, selamat merasai sakitnya dunia, selamat mendekati alam kematian dan selamat bersiap menuju alam keabadian"
Ucapan ulangtahun kelahiran yang memang menyentap jiwa dan raga. Malu dengan diri sendiri, dengan Pemilik jiwa ini entah apa yang telah dilakukan sepanjang kehidupan selama 21 tahun ini. Amal ibadat? Akhlak? Dakwah? Tanggungjawab sebagai hamba? Sebagai anak? Hmmm..
Allah beri peluang dengan penambahan satu lagi angka usia untuk melunaskan tanggungjawab itu. Jangan tertipu dengan usia muda, kerana syarat MATI tak semestinya TUA....
0 comments:
Post a Comment