Healing the Heart



In the name of ALLAH,
The Most Gracious, The Most Merciful


Muhasabah....

Hati yang retak tak akan dapat dicantumkan kembali jika cuba untuk mengubatinya dengan cinta-cinta yang lain. Kesannya, skrip cinta akan berulang kembali. Ubat paling utama ialah dengan mengingati Allah. Istighfar..


Bercinta dengan manusia lain rasanya. Bercinta dengan Allah, sungguh manis. Subhanallah. Kembali mencari hati yang retak dan berkecai untuk dicantumkan kembali dengan bermunajat kepada Allah, bertahajud kepada-Nya mohon diberi kekuatan. Kerana Allah mendengar, manusia tidak mampu menjadi pendengar sesetia Dia. Kembali kepada Dia jika kita sedang bermasalah, Allah ada solusinya...


" Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai ibadah tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." (al-Isra':79)

~kredit to dr Cinta



Lagu Healing amat best. Lirik ada di hujung kanan blog ni..
NewerStories OlderStories Home

0 comments:

Post a Comment